Salam Editor

Selamat Hari Kemerdekaan ke 63!

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke 63!

Malaysia mungkin merupakan negara yang paling unik dalam dunia. Selain terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, cara kita membentuk negara Malaysia juga adalah unik. Kemerdekaan kita dicapai di meja rundingan, setelah lebih 100 tahun penentangan terhadap penjajah British dilakukan dalam kelompok kecil di negeri-negeri yang dijajah.

Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh, Penghulu Dol Said, Datuk Maharajalela, dan ramai lagi, mengetuai penentangan terhadap British di kawasan masing-masing.

Namun gerakan menuntut kemerdekaan benar-benar berkesan setelah Perang Dunia Kedua. Dengan kekalahan Jepun, darurat akibat pengganasan Komunis Bintang 3, dan kemudiannya British kembali untuk membentuk Malayan Union, rakyat Malaya ketika itu bangkit mentang melalui Kongres Melayu pertama yang diadakan di Istana Besar Johor Bahru.

Setelah beberapa siri rundingan, Malaya merdeka terlebih dahulu pada tahun 1957, dan kemudian Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 dengan kemasukan Singapura, Sarawak, dan Borneo Utara (Sabah).

Sempena dengan Bulan Kemerdekaan ini, kami mengadakan promosi penghantaran percuma. Anda cuma perlu masukkan kod MERDEKA63 ketika checkout. Selamat Hari Kemerdekaan ke 63!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *